Friday, July 22, 2011

Lumrah Namanya

Akhir-akhir ni, asyik fikir betol ke tindakan yang aku ambil ni..
Lagi-lagi buat aku fikir, bila orang sekeliling aku nampak tak senang dengan keputusan aku.
Memang tak dinafikan, manusia tak boleh rasa kurang dan bila orang lain lebih dari dirinya.
Dengki dan hasad mula membakar diri.

Secara jujurnya ada seorang sahabat, tak kenal erti lelah nak menjatuhkan. Cakap yang selalu menyakitkan hati.

Antara soalan yang pernah beliau lontarkan suatu masa dulu berkenaan dengan abes satu sem awal untuk degree. Yang sepatutnya degree UIA 4 tahun. Tapi ramai yang ambil keputusan untuk jadikan 3 tahun @ 3 tahun setengah..

"Awak tak menyesal ke abes awal, tapi tak dapat keje ? "
Saya jawab, " buat apa nak menyesal, lagi lama belajar, lagi banyak risiko mendatang"

Tak puas dengan itu, ditanya lagi " lepas tu, bila abes nanti terus kawen la?" (Nada Perli)
Seolah-olah isu kawen awal itu membebankan dan kolot.
Saya jawab lagi, " ye, InsyaAllah, makin lambat kawen lagi menggunung dosa"

* Nabi sendiri pun suruh kawen awal. Elak segala fitnah dunia dan maksiat.

Tapi manusia ini memang tak berputus asa. Ditanya lagi, "tak nyesal ke kawen?nanti takleh nak enjoy dah, boring la kawen..nanti terikat, tak bebas dah. Buat apa kawen awal?tak nyesal?"

Soalannya sarat dengan unsur-unsur menyakitkan dan memang niat nak memanaskan keadaan.
Bila dah melalut sampai macam ni, terang-terangan orang ini memperkecilkan Sunnah Nabi.
Nabi tak mengaku umatnya sape-sape yang tak nak kawen.

Seolah-olah kawen itu memalukan dan perkara yang 'gatal'.

Saya jawab lagi, "Aku akan menyesal kawen, kalau pasangan aku, orang macam kamu. Banyak memperkecilkan dan mempersoalkan perkara-perkara yang haq. Dan semua ini takde kaitan dengan hidup kamu, dosa bukan kamu yang tanggung!"

Setelah lama aku pendam, aku berceritakan kepada ibuku. Aku tanya adakah semua ini aku yang salah. Aku ceritkan satu persatu dialog yang pernah kami debatkan.

Jawapan yang paling simple ibuku menjawab dan membuat kesimpulan dari persoalan-persoalan kolot manusia ni.

"Dia dengki la tu, sebab orang lain bleh abeskan dalam masa yang singkat berbanding dengan dia, yang pasal kawen tu, dia dengki la sebab takdak orang nak kat dia. Tu yang banyak soalan tu, dengki la semua tu, takleh orang lebih".

No comments:

Post a Comment