Saturday, December 24, 2011

Ibrah

Antara pengajaran2 yg didapati hari ini.. :

1) Tiada yg mustahil bila ianya berkaitan dengan ketentuan Allah.

2) Jangan memandang rendah kpd org lain. Jahil vs warak- kerana nikmat seseorang yg jahil bila mendapat hidayah adalah lebih disyukuri dan memberi impak yg lebih mendalam berbanding dgn diri yg merasakan dirinya warak/alim.
...
3) Kahwinilah @ terimalah risikan/pinangan pasangan yg direstui ibubapa. sekalipun dari pilihan keluarga (accidentally), pastikan ibu bapa /keluarga menyukai & menyanjunginya, supaya tidak timbul 'perang dalaman'. Eg. yang lelaki rendah darjat dari segi level pengajian (diploma, degree, master, phD.) Barulah element 'hormat' kepada ibu bapa, dan 'taat' kepada suami berpanjangan.

4) Orang yang memaafkan adalah lebih mulia dr org yg sentiasa dimaafkan.

Moga hari ini lebih baik dari semalam.

Jaga DIRI..Jaga IMAN..Jaga AMAL..

Wallahua'lam bissowab..

Monday, December 19, 2011

MAHASISWA CELIK POLITIK

Mahasiswa tanpa mengira bangsa apa yang berpolitik secara bodoh macam mana sekali pun, adalah jauh lebih baik daripada mahasiswa yang hidup seperti binatang ternak pada memikirkan makan, minum, kuliah, rehat, kahwin. Sikap peduli kepada kezaliman dan salah laku pentadbiran perlu untuk melakar sempadan hidup iman

- ustaz hasrizal

Sunday, December 18, 2011

Alhamdulillah.Syukur!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt..
Sesungguhnya tiada kata yang dapat dicoretkan untuk menggambarkan perasaan yang bermain di dada dan benak fikiran.
Hanya Allah swt sahaja yang boleh membaca perasaan ini..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Aku sujud bersyukur ke atas segala nikmat dan rezeki yang telah dilimpahkan.

Allahuakbar!

Segala penat lelah dengan persiapan untuk permohonan kerja 2 hingga 3 minggu yang lalu
telah membuahkan hasil.
Biarpun dipenuhi dengan segala lemparan kata-kata yang langsung tidak membantu malah menyakitkan hati..

Alhamdulillah dapat panggilan dari office Sekolah Islam Al-Amin 2 minggu lalu.Meminta untuk hadirkan diri ke interview session. Tapi Allah telah menetapkan segalanya..takdir Allah menguasai segalanya. Aku diberi peluang dan rezeki telah tertulis di tempat lain.Allah telah menyusun langkahku untuk menjadi seorang pendidik.Segala impian untuk menjadi seorang pendidik telah lama sebati dalam jiwaku. Nampak nya rezeki di sekolah Al-Amin is not there

Allah itu Maha Mengetahui.

Selang beberapa hari saja, aku terima panggilan dari Puan Maimunah, Pengetua ADNI Islamic School.
15 Dec 2011 aku hadirkan diri untuk interview berbekalkan info-info dari seorang sahabat dan juga sedikit info dari website ADNI.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ada sedikit cubaan spt hujan lebat, jalan jem, kereta yang disewa lambat sampai. Sesi interview berjalan sepertimana yang digambarkan.

Alhamdulillah! I'm Hired!

Dan aku diarahkan untuk mula bertugas bermula 16 Jan 2012. Walaupun final paper will be held on 15 Jan 2012. Aku terima dengan hati terbuka.Alhamdulillah dengan kuasa Allah. This is unbelieveable! Langsung tiada hari untuk menganggur.Alhamdulillah.. tidak pernah terfikir macam ni sekali rezeki yang Allah labuhkan kepadaku..Syukruilallah.

Aku diberi tugas untuk mengajar Islamic Studies Level 2 (Standard 5 & 6)

Sepanjang perjalanan pulang UIA, bermacam2 bermain di fikiran aku..sebak yang amat dengan segala yang dinikmati selama ini..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Sunday, December 11, 2011

CELIK HUDUD

Besungguh belako dok maroh, hino ko hukum hudud..acu ceridik gak sket..hudud2 ni buke mari dr PAS..ni mari dr Tuhe..acu kaba gak sikit..celik etek mato tu..acu baco Quran tu..Tuhe kato dh.. "TILKA HUDUDULLAH" ..

ko demo sero ore PAS hok buat quran? ya dok kait PAS ngan hudud ni bakpo?

hudud2 ni hukum Tuhe..tu ore suruh baco Quran..pah biar pehe..tidok dok baco sajo..soh ko nk pehe, baco pun dop.....pah nk pehe lagumano..tu ore suh ngaji bahasa Arab. nk suh pehe benda laguni la..dok rok cettong pok2 ni..bo2 la dok hino, dok pertikai hukum Allah..acu g bkk semeta Quran pah tilik..try pehe..klu x pehe kot nayu, try tgk translate ko magres..

"those are limits set by Allah: and any who transgresses the limits of Allah, does verily wrong his (own) soul: thou knowest not if perchance Allah will bring about thereafter some new situation." surah 65.

klu x cayo jgk gak..maknanya tolak hukum Tuhan la tu..ore hok tolok hukum Tuhe ni x lamo skalo..

#duniaakhirzaman#(

Saturday, October 29, 2011

Make Me Strong



I know I’m waiting

Waiting for something

Something to happen to me

But this waiting comes with

Trials and challenges


Nothing in life is free

I wish that somehow

You’d tell me out aloud

That on that day I’ll be ok

But we’ll never know cause

That’s not the way it works

Help me find my way

My Lord show me right from wrong

Give me light make me strong

I know the road is long

Make me strong


Sometimes it just gets too much

I feel that I’ve lost touch

I know the road is long

Make me strong

I know I’m waiting

Yearning for something

Something known only to me

This waiting comes with

Trials and challenges


Life is one mystery

I wish that somehow

You’d tell me out aloud

That on that day you’ll forgive me

But we’ll never know cause


That’s not the way it works

I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong

Give me light make me strong

I know the road is long

Make me strong


Sometimes it just gets too much

I feel that I’ve lost touch

I know the road is long

Make me strong

Monday, October 24, 2011

Salahkan Diri Kerana Tidak Mencari



Salam kalian..


Moga kalian sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah S.W.T. InsyaAllah.


Entri kali ini bukanlah untuk menunjukkan diri ini baik atau orang lain tidak bagus. Tapi akhir-akhir ini terdetik untuk bersuara sekalipun tidak mampu untuk melontarkannya. Lihatlah perkembangan dan perubahan zaman sekarang, lebih-lebih lagi gaya berfesyen. Makin hari makin menjadi-jadi fesyen yang tidak sepatutnya digayakan oleh kita sebagai seorang Muslimah. Dulu, kehadiran tudung ariani. Aku hanya mendiamkan diri memandangkan ramai yang tidak pernah bertudung cuba untuk menutup aurat dengan mengenakan tudung ariani. Sekalipun banyak entri-entri menyifatkannya seperti 'sisters' agama Christian.


Pada pemikiran dan imbasan pertama aku tidaklah terlalu syadid bab mengenakan tudung ariani ini memandangkan ramai yang mula menutup rambut mereka biarpun berlengan pendek. Bahkan ia adalah baik untuk si pemakai yang baru hendak mula mengenakan tudung dan menutup rambut mereka dan mula berjinak-jinak dengan penutupan aurat kerana ianya sebuah permulaan. Tapi, bila sudah ke tahap sekarang ini, tudung itu makin 'lebih' digayakan dengan hadirnya anak tudung 'berbonggol'. Bonggol di sini bermaksud sanggul tinggi. Ini sudah melanggar hukum sebenar. Walaupun kita melihat ianya hanya satu bonggolan, tetapi ia amat dilarang di dalam Islam. Sekalipun tidak dibuktikan dengan hadith, cuba kita berfikir sejenak. Bonggol itu hanyalah untuk menarik perhatian dengan hanya mahu lelaki ajnabi melihat kita menarik. Menampakkan bentuk leher yang kononnya jinjang. Lebih-lebih lagi bila tudung itu dipinkan di bahagian leher. Dan bonggol itu juga menarik lelaki ajnabi untuk melihat dan si lelaki ajnabi membayangkan atau menggambarkan rambut perempuan itu panjang. Ini boleh menggiurkan lelaki ajnabi. Memang kita sebagai wanita tidek terlintas pun atau terfikir macamana sampai boleh menyebabkan lelaki itu tergoda. Tetapi itukah hakikatnya. Jika tak percaya, tanyalah mereka. Okay, itu jika hanya dengan fikiran rational. Mari lihat pula dari segi hukum dan dalilnya sekali. Kenapa ianya sangat melarang pakaian sebegini rupa.


Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :


"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).


"Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. " - Ustaz Nor Amin Sayani


Lihatlah, pada pandangan saya kenapa ianya tidak bertujuan untuk diperlihatkan kepada orang lain. Sedangkan bonggol itu sendiri bersifat menunjuk-nunjuk dan menonjol. Tapi, terpulanglah untuk diri masing-masing mentafsirkannya.


Kenapa kita perlu mempersoalkan hukum Allah. Allah telah pun menyusun yang terbaik untuk hambaNya. Segalanya ada hikmah disebalik hukum-hukum tersebut.Ikutlah apa yang disuruh dan tinggallah apa yang dilarang. Jangan jadikan alasan bila ditegur kesalahan kita, dan kita menyatakan aku tidak tahu tentang ini dan itu. Salahkan diri kerana kita tidak mencari yang zahir dan tidak tahu tentang batil. Jangan biarkan diri bodoh tidak menentu dengan hanya mengikut perubahan zaman dan hanya mengikut secara jahil trend-trend yang digayakan masa kini.


Masalah yang kedua, aku berasa bersalah dengan diri sendiri kerana tidak menyuarakan sebelum ianya terjadi. Usulnya adalah inai. Inai adalah harus dipakai jika ianya bertujuan perubatan. Okay, mari lihat penjelasan dari Ustaz Nor Amin Sayani.


"Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Iamam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid.


Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan "bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita.


Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya:


“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).


Sebelum aku paste pandangan ini, aku telah pun terbaca atau terdengar dari seorang ulama' yang mengatakan hukum berinai adalah harus dan haram jika diperagakannya atas niat kecantikan. Jadi inai yang menjadi trend sekarang adalah haram kerana ia berupa ukiran (seperti tatu) dan beunsurkan kecantikan dan menarik perhatian orang lain lebih-lebih lagi lelaki ajnabi.


Jadi, aku di sini bukanlah untuk mengomomg kosong cuma aku tidak kuat untuk menyuarakannya bimbang ada yang terasa. Kenapalah kita selalu terdorong untuk membuat sesuatu yang sudah pastinya pengharamannya.


Moga Allah bimbing kita ke arah kebaikan dan menjauhkan kita dari segala yang mungkar di sisi Allah s.w.t.


Dan aku bukanlah yang terbaik untuk dijadikan model, cuma renunglah kata-kata ini.



"Jangan melihat (tanpa mentafsir) siapa yang berkata, tapi lihatlah apa yang diperkatakannya"


Salam sayang sesama Muslim.

Sunday, October 23, 2011

Al-Quran Equals to Serenity

Dengan membaca Al-Quran, hatikan menjadi tenang.


Berapa kali kamu membaca A-Quran dlm sehari wahai diri?

Atau sudah seminggu?


sebulan?


setahun ?


kamu meninggalkan Al-Quran?

Atau langsung tidak menyentuh helaian Al-Quran?


Ya Allah,bimbinglah diri ini dari terus lalai.