
Terasa sangat hampirnya aku dengan mati
Makin hari,makin dekat
Begitulah lumrah alam
Makin bertambah umur
Berubah dari hari ke bulan ke tahun
Dalam masa lebih kurang 2 minggu duk kat umah ni
LIMA orang terdekat/berdekatan dgn aku
Telah kembali ke Rahmatullah
Allahuakbar!!
Sungguh kematian itu membawa seribu peringatan
Bagi yang masih hidup di dunia ini
Kematian pertama
Belum lagi surut rasa kehilangan ibu saudara kesayanganku
Pada hari buat tahlil di rumahnya
Kami terima satu panggilan
-Khamis,18/11/2010
Menyatakan pemergian pak dua pupuku (Abe Na-Zainal)
Keje sebagai kastam di Bukit Bunga
Pemerhiannya tanpa berita sakit atau tidak sihat
Katanya selesai sahaja solat Asar di tempat kerja
Beliau rebah
Dan diberitahu meninggal dlm perjalanan ke Hospital Jeli
Kematiannya tanpa di duga
Moga keluarga tabah
Lebih2 lagi isteri (Kak Ining) dan anak2..
Moga Allah hadiahkan ketabahan yang menggunung untuk Kak Ining sekeluarga
Moga Allah tempatkannya bersama orang2 yang Beriman..amin..
Kematian kedua
Panggilan kematian Abe Na td lebih kurang pukul 6 ptg lebih
Duduk sekejap, ada satu panggilan
Menyatakan saudara sebelah Jerteh meninggal
Yang ni aku kurang kenal..
Tapi xpe, ia cukup memeberi aku peringatan
Untuk terus bersedia dengan kematian yang akan menjemput
Tak kira masa
Kalau ah sampai ajalnya, sampailah
Tak akan dilewatkan walaupun sesaat.
Moga Allah tempatkannya bersama orang2 yang Beriman..amin..
Kematian ketiga
Duduk tak duduk,
Dua hari kemudian pergi pula mak kepada jiran sekampung aku
Khabarnya dialah yang menjaga suaminya yang sudah lama terlantar sakit
Kami ingatkan panggilan yang menyatakan kematian, si suami..
Tidak, ALLAH lebih menyayangi si isterinya
Yang sihat walafiat
Yang selama ini dialah mengerah tenaga
Bersekang mata untuk menjaga suami
Namun Dia telah pergi mehyahut seruan Ilahi terlebih dahulu
Moga Allah tempatkannya bersama orang2 yang Beriman..amin..
Kematian keempat
Selang sahaja dua tiga hari
Jiran sebelah rumah memberitahu ayahnya pergi
Ziarah orang mati
Satu lagi kematian
Arwah Ayah Wil yang tinggal tidak jauh dari kediaman kami
Hanya di simpang masuk ke kawasan perumahan kami
Dia telah kembali ke Rahmatullah
Moga Allah tempatkannya bersama orang2 yang Beriman..amin..
Kematian kelima
Hari Sabtu, 27 Nov bersamaan 21 Zulhijjah 1431H
Dalam perjalanan ke sekolah adik
Untuk menghadiri PIBG
Wakil kepada mama dan aboh
Adikku menerima satu SMS dari kawannya yang tertulis
‘Abah aku xdok dh’
Terpinga juga sekejap
Persoalan yang datang dalam kotak fikiran
‘takdok? Gi manno?’
Adatnya lah..klau xdok, pegi ke mana ayahnya
Ingatkan berangkat ke mana2
Rupa2nya betolla..
Tiada yand dimaksudkan telah pergi menyahut seruan Ilahi
Yang ini, mama sempat pergi ziarah
Mereka ini jiran lama kami masa kecik2 dulu
Apa yang sempat diceritakan oleh si isteri
Suaminya ada mengadu sakit dada lebih kurang 2-3 pagi
Tapi bila memandangkan sudah hampir Subuh, si isteri bertanyakan
Pada suami kiranya dapat ke hospital selepas Subuh
Fikir,suami hanya bersetuju dengan cadangan isteri
Lebih pukul 5 pagi
Suami mengejut sekali lagi isterinya
Katanya sudah tidak tahan sakitnya
Isteri mengejut menantunya yang ada tidur di rumah
Untuk bergegas ke hospital
Dalam kereta, si suami meletakkan kepala di ribaan si isteri
Sungguh,ajal itu sudah tiba
Tiada dilewatkan,tiada dicepatkan
Si suami meninggal dalam perjalanan ke hospital
Moga keluarga tabah menghadapi
Allah lebih menyayangi mereka-mereka ini
Jangan bersedih dengan pemergian mereka yang tersayang
Kita yang hidup perlu teruskan kehidupan
Sebagai khalifah Allah
Sentiasalah bersedia untuk menghadapi mati
Tak kira dalam keadaan apapun kita
“Sesungguhnya yang hidup itu akan merasai mati”
Ayuh! bersedia mengahadapi mati.
No comments:
Post a Comment