Salam sayang untuk semua..moga sihat dan terus kuat dalam meniti titian menuju medan akhirat. Terkejut dengan keratan akhbar online yang dipostkan oleh seorang sahabat dari University Al-Azhar. Dalam kesibukan presentation and group work, rasa sesal tetiba menyusuk hati. Mereka yang di nun jauh di oversea sekalipun sungguh peka dengan masalah tanah air. Tetiba saya yang di KL ni pun tidak tahu menahu kisah-kisah metropolitan sekarang ni. Terlepas pandang berita-berita dan masalah sosial di Malaysia yang makin hari makin tenat.
Astaghfirullahal'azim.. thabbit qulubana ya Allah..
"Wanita bawa anak ke hotel untuk buat maksiat"
"Wanita bawa anak ke hotel untuk buat maksiat"
Pelbagai masalah sosial yang digarap dalam newspaper kita hari ini. Dan inilah tajuk yang saya terbaca. Berita yang sungguh memalukan. Sanggup membawa anak sendiri untuk mangaburkan mata pihak berkuasa untuk melakukan perkara maksiat. Kesian sungguh anak yang tak bersalah tu.. Sepatutnya 'mak' yang menasihatkan anak dan mendidik anak dengan nilai-nilai agama. Islam yang pastinya. Dan bukannya membawa anak sebagai penemannya. Zalimnya kamu pada diri kamu dan pada anak kamu sendiri.
Kejadian ni berlaku pada malam sambutan New Year. Bila difikirkan balik, ada rasional jugak kalau hari New Year, Valentine dan seumpamanya tidak diumumkan sebagai cuti. Kerana pada titik tarikh inilah, banyak maksiat berlaku dan terhasilnya benih-benih haram. Mengikut pada statistik kelahiran bayi setiap tahun, penerimaan dan proses kelahiran bayi (luar nikah) pihak hospital sangat banyak pada bulan November iaitu benih-benih Valentine dan seterunya bulan Mei adalah anak 31 Ogos. Manakala bulan September bagi benih-benih New Year. Dan itu yang berdaftar di hospital. Macam mana pula yang buang dan terberanak di mana-mana..
Ya Allah ya Tuhanku..jauhilah kami dari fitnah dunia ya Allah..
Peliharalah keturunan kami. ^,^
No comments:
Post a Comment