Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah vs Tengku Mahkota



Salam Maal Hijrah semua..
Dah lama rasanya tak mengisi kekosongan hati,
Jadi semalam amek peluang menghadiri dan
sama-sama mengimarahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432
di Balai Islam..Peringkat Negeri Kelantan..

Alhamdulillah majlis disempurnakan oleh Tengku Faris..
Walaupun majlis agak lewat dimulakan..
Tapi hati terubat dengan kehadiran Yb Tuan Guru Nik Aziz
sejuk sekejap hati..
Majlis yang dikatakan start kul 8.30pm..
Tapi Tengku Mahkota tiba 10.50pm..
Tapi tak mengapa..
mungkin ada hal la tu kan..
tapi boleh nampak semasa pertabalan
beliau sedikit mengah
kurang sihat rasanya..
Penantian telah tiba..
Hati cukup berbunga apabila melihat seorang 'sultan'
hadir dengan pakaian yang cukup membanggakan!
berjubah putih dan berkopiah..

Allahuakbar!
Aku bersyukur punya seorang raja
dari perwatakannya penuh rasa rendah diri
cukuplah untuk mempamerkan
seorang raja yang mengikut,mengamalkan dan menegakkan
gaya hidup ISLAM SEBENAR!
Aku kagum dengan gayanya
Jelas dari air mukanya
tiada apa yang hendak dibanggakan
Tahniah!

semoga rahmat dan kasih Allah sentiasa mengiringi dalam setiap langkahmu
dan pemerintahanmu
di negeri serambi Makkah ini..

Mari sama-sama berhijrah!

dari apa yang disampaikan oleh Tok Guru semalam
pendek,padat dan bernas
dengan pengakhiran pesanan

"esok poso (1 Muharam), jange setuh hok ore, jange make hok ore,wallahua'lam"


~SALAM MAAL HIJRAH~

No comments:

Post a Comment